Monday 12 December 2011

"SEMALAM"

masa yang berlalu tidak akan berulang lagi, 
segala yang berlaku tidak dapat diubah lagi, 
kata-kata yang diucapkan tidak dapat ditarik kembali, 
segala yang berlaku, berlalu, tidak lagi dapat ku ubah lagi, 

pernah tak aku terfikir, 
apa yang aku buat pada hari semalam, 
adakah perkara yang aku lakukan memberi manfaat kepada diriku? 
adakah perkara yang aku lakukan dapat membela aku? 
fikir, fikir dan terus berfikir, 

satu lagi pertanyaan muncul dalam kepala ku, 
adakah dengan hanya berfikir aku dapat mengubah segalanya? 
jawapannya adalah tidak!!! 
tidak ada yang akn ku dapat jika aku hanya berfikir, 
tetapi, 
adakah berfikir itu perkara yang sia-sia, 
sekali lagi tidak!!!!! 
berfikir adalah cara untuk bermuhasabah diri, 
hanya dengan berfikir ku dapat mengetahui apa yang ku lakukan, 
walaubagaimanapun..... 
terdapat satu perkara yang penting yang ku terlupa untuk lakukan, 
kerna ku tahu, 
satu perkara ini sangat penting, 
dan ia akan mengubah segalanya, 
ACTION!!!!! 
TINDAKAN!!!!! 
yeah...... 
ku dah jumpa apa yang perlu ku lakukan, 
aku tahu aku tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari semalam, 
tetapi aku mengetahui apa perkara yang aku boleh lakukan pada hari esok, 
supaya hari-hari yang mendatang tidak kan berlalu dengan sia-sia...... 

tindakan yang ku lakukan boleh mengubah perkara pada hari esok.... 
aku yakin dengan tindakan yang ku lakukan, 

Firman Allah: 
"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah, Sesungguhnya,Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia" (Ar-Ra'd:11)

Saturday 26 November 2011

Nikmatnya Ujian-Mu...

tika ujian kesusahan datang menyapa terasa lemah segala sendi.... air mata jatuh berguguran... hati remuk dan kecewa.... tikar sejadah di hampar lebar... siang dan malam meratap merintih dan merayu pada yang Esa menyelesali segala kealpaan....

namun....
bila ujian itu berlalu..... berganti pula dengan ujian kesenangan yang jarang dianggap ujian, ramai yang lemas dan terleka. Kejayaan dan kemewahan dunia mendahului perintah dan larangan, tegah dan suruhan Allah swt... panggilan-Nya jarang-jarang bersahut lagi.... sepi.... sejadah tersangkut usang.... tiang agama di dirikan tanpa hati dan jiwa.... umpama tiang yang tidak kukuh... bila-bila boleh tumbang... akal tidak henti-henti berfikir akan urusan dunia, hati berbunga-berbunga warna kenikmatan sementara.... solat menjadi sia-sia....

sedarlah wahai hati yang sedang terluka...

susuri  kisah umat-umat terdahulu berapa ramai yang dibinakan kerana mengkufuri nikmat-Nya berapa ramai yang jatuh ke lemah hina dan dibinasakan dengan kenikmatan dunia....
firaun dengan kemegahan kuasa dan pangkatnya
Karun ditelan bumi bersama khazanah-khazanah hartanya yang tak terhitung

bersyukurlah bila diuji kerana itu tanda Dia merindukan kita, kita masih memiliki nilai di sisi-Nya
ujian bukan untuk membinasakan sebaliknya ia untuk memperkasakan.... Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.... percayalah

kegagalan, kesakitan dan kekecewaan adalah sementara.... segala kesakitan itu akan berlalu, dirimu pula akan semakin meningkat naik setiap kali berjaya melepasi ujian itu.... kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan bukan bererti engkau tidak mampu tapi mungkin belum masanya engkau meraih kejayaan tersebut.

Kita mungkin terluka dengan perjalanan hidup kita hari ini kerana kita hanya melihat menggunakan pancaindera yang sangat terbatas... sedangkan Dia mengaturkan hidup kita dengan pengetahuan yang Maha Luas.... maka sudah pasti apa yang terjadi memgandungi hikmahnya namun keterbatasan upaya kita membuatkan kita gagal memahami kenapa perkara tersebut berlaku.

lihat analoginya seorang anak kecil yang meratap2 mahu menelan cili yang tampak merah dan ranum .... tapi sang ibu yang mengetahui cili itu akan menyakitkan anak kecilnya... maka dia menjauhkan anak kecil itu dari cili tersebut.... sang anak terus menangis kerana keinginannya tidak terpenuhi.... mana mungkin sang ibu tegar membiarkan anak kecilnya menelan cili tersebut...... begitu juga kita dan Sang Pencipta yang Maha Mengasihani hamba-Nya.... mana mungkin Dia memberikan sesuatu yang kita hajati sedangkan perkara tersebut membahayakan kita.... sayangnya Dia pada hamba-Nya... namun akal manusia jarang mahu mencerna hikmat di sebalik setiap ujian-Nya...

berbalik kepada kisah sang ibu dan anak kecilnya.... tika anak kecil itu sakit, sang ibu sedaya mungkin cuba merawat anaknya dengan penuh kasih sayang.... sang ibu menyuapkan ubat ke mulut anak kecilnya... anak itu enggan menerima lalu menangis.... dia menangis kerana dipaksa menelan sesuatu yang pada pandangannya tidak enak.... tapi dia tidak mengetahui itulah penawar untuk mengubati kesakitannya.... sang ibu memberinya ubat tersebut kerana kasih dan sayang.... bukan dgn sengaja mahu menguakan ke mulut anaknya sesuatu yang tidak enak seperti itu.... begitu juga Allah dan kita malah lebih dari itu....

maka bersabarlah bila diri diuji...sentiasa yakin tidak Dia mensia-siakan setiap hamba-Nya.... bila mana yang dihajati tidak tercapai bersyukurlah dengan apa yang ada. mungkin belum tiba masanya untuk memiliki perkara tersebut atau mungkin Dia telah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari itu untukmu..... berpeganglah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu....

-Rindusyurga-
p/s ada kesalahan ejaan, maaf xsempat betulkan.he2

Sunday 25 September 2011

~ Sistem IKU ~

Assalamualaikum wbt..ALHAMDULILLAH..alhamdulillah..alhamdulillah..setelah sekian lama x post entry kt blog ni(sbb x ingat cmna nk log in),akhirnya di beri task juga utk post entry d cni..saya suka wat task on9..hehe..kali ni,ada entry serba sedikit ttg usrah yg PERLU kita AMBIL BERAT !!..hehe.jom kita baca..^_^

Sistem IKU ( Interaksi & Komunikasi Usrah)

~Sistem IKU yg mantap ===>>>   semua anggota menjadi efektif + produktif

 ~ada 2 bentuk hubungan :-


Bentuk
Maksud
Asas
1. horizontal
Sesama ahli usrah
Ukhuwah Islamiah
2.vertikal
Anggota&murabbiyah
1. ukhuwah Islamiah
2. Thiqah
3. Taat & Iltizam

1. Ukhuwah Islamiah
  • tercapai apabila ketiga-tiga rukun usrah ( taaruf,tafahum,takaful) diaplikasikan.
  • merupakan kekuatn ke-2 selepas iman & ukhuwah(iaitu roh iman&kesempurnaannya)
  • cth kisah sirah - kisah kaum Muhajirin & Ansar
  • ini antara amalan yg dapat menjana ukhuwah dan merosakkan ukhuwah
DO !
DONT DO !
  • Saling menziarahi
  • Saling memberi nasihat
  • Memberi bantuan kewangan
  • Ithar
  • Menunaikan hajat saudaranya
  • Meringankan beban tugasannya
  • Menutup keaiban dan kelemahannya
  • Sikap ego
  • Mementingkan diri sendiri
  • Sikap memandang rendah org lain
 
2. Thiqah (kepercayaan) dan Wala' (loyalitas)
  • meyakini kemampuan dan keupayaan murabbiyahnya di dlm amal dakwah serta berada di posisi paling penting dlm usrah
  • setiap ahli usrah perlu menunaikan wajibat dan haknya sbg murabbiyahnya
Nilai thiqah
Sebaliknya
  • Husnu Dzan terhadap kemampuan&keikhlasan murabbiyah
  • Dia meyakini bahawa murabbiyahnya ada keupayaan utk mendidik,membimbing&merubahnya
  • Isti’zan(meminta izin) drpd Mnya sebelum melakukn apa2 perkara(dakwah@khidupan)
  • Istisyar(meminta pandangan) iaitu dia sentiasa merujuk Mnya utk menyelesaikn masalah2nya.
  • Memberi nasihat secara terang2an di hadapan anggota usrah
  • Memandang enteng taujihat M
  • Melakukan syakwa di belakang(bisikan)
  • Tidak meminta penjelasan sst perkara dgn segera sehingga menimbulkan keraguan


ASK YOURSELF...
  • adakah kita tlh meletakkan M sesuai dgn peranannya atau setaraf dgn anggota usrah?
  • pernahkah kita meminta pandangan M di dlm urusan dakwah dan urusan hidup?
  • selalukah kita menceritakan perkembangan diri kita kpd M?
  • selalukah kita berbincang dgn M dlm menyelesaikan perkara di dlm kehidupan kita?
3. Taat dan Iltizam
~~~setiap anggota wajib taat kpd arahan Mnya,begitu juga dia wajib memberikan nasihat dan pandangan di dlm perkara yg ada maslahat dakwah kpd Mnya. SYARAT2 dlm memberikan pandagan :-
  •  dgn niat ikhlas krn Allah utk memberi nasihat
  • berasaskan fakta dan hujjah yg kukuh
  • tidak disebarkan kpd org lain
  • taat ketika M tidak menerima pandangannya dan diam ketika M tidak mahu menerangkannya(selagi tidak bertentangan dgn syarak)
  ASK YOURSELF...
  • kehadiran ke halaqah,adakah menepati masa atau tidak. jika tidak tepati masa adakah dia merasa bersalah atau biasa sahaja?
  • adakah dia telah menyempurnakan tugasan usrah atau bersikap sambil lewa dgn arahan yg diberikan?
  •  ketika M diam,adakah beliau redah atau berbisik2 di belakang?
  • pernahkah dia memberikan pandangan kpd M?

RENUNG-RENUNGKAN LAH...^_^

>>> cekodok..(^_-)
   

Thursday 22 September 2011

PENGARUH MAKSIAT PADA HATI

     Dalam Al-Quran Allah menjelaskan syirik, zina dan liwat adalah najis dan kotor yang wajib dihindari manakala dosa-dosa perbuatan lain tidak dinyatakan walaupun sebenarnya ia mengandungi najis. Namun, Allah menjelaskan lagi di dalam Al-Quran yang bermaksud:
 
    "Hai orang-orang beriman, sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah itu najis" (At-Taubah:28)

    Jelaslah di sini, menduakan Allah itu adalah najis dan mesti dijauhi atau dikeluarkan daripada badan dan hati. Ia satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan melainkan bertaubat. Mengenai liwat pula, Allah menjelaskan dengan maksudnya:

    "Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik" (Al-Anbiya:74)

   Kesimpulan daripada ayat ini, kaum Nabi Lut adalah golongan yang menyekutukan Allah dan mereka ibarat najis. Nabi Lut dan keluarga bersih daripada kekotoran itu kerana manjauhi perbuatan itu. Mengenai zina Allah berkata, maksudnya:

   "Wanita-wanita yang kotor adalah untuk laki-laki kotor" (An-Nur:26)

    Ayat ini menjelaskan, kaum wanita yang kotor, pasangannya adalah mereka yang sama-sama kotor iaitu mereka yang sama-sama melakukan banyak dosa. Begitu adilnya Allah memberikan hak kepada mereka yang sama jenis.


PENGARUH NAJIS PADA ROH DAN HATI

   Najis adalah benda-benda yang dapat dilihat dengan jelas. Bagaimanapun, ada juga najis yang tidak dapat dilihat. Najis yang tidak dapat dilihat ini yang menewaskan roh dan hati manusia sehingga mereka yang memiliki hati terang dapat menghidu najis itu.
   Jiwa yang sudah dilekati dengan najis apabila dibiarkan akan merosakkan hati dan badan. Ini sama ertinya menyimpan atau menahan keluar najis-najis daripada badan. Badan akan menerima kesan akibat menahan najis ini daripada keluar.
   Berbeza daripada badan yang bersih, itu menandakan segala najis dari badan keluar. Badan kelihatan cergas dan bersemangat. Ini memudahkan kita melakukan amal ibadah kerana diri sudah suci. Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh seruan agama.

Petikan daripada:
Bahagiakan Hatimu 
Ibnu Qayyim Al-JauziyaH 
   

 

Sunday 7 August 2011

Bantah tayangan tahajud cinta


Seperti mana kita tahu,watak-watak yang di paparkan di dalam drama ini ada watak-watak para ugamawan / pelajar jurusan agama / muslimah menutup aurat mengikut syarak / muslimah berniqab ( berpurdah ) / ustaz di pondok . Di mana watak-watak ini adalah golongan yang di anggap “pendakwah” di Malaysia. Secara tidak langsung mereka juga adalah “role model”

Apabila babak-babak yang memaparkan wanita berpurdah dan pelajar jurusan Islamic yang di lihat di luar landasan islam. Di mana, adegan berpegang tangan, menyelak purdah, bermusafir secara berpasangan dan pelbagai adegan lain yang memburukkan imej para muslimah berpurdah dan pelajar jurusan islamic.

Bagi contoh Ustaz pondok yang punya isteri 4 dan bertindak “pilih kasih” … seolah-olah memburukkan institusi pondok . 

Walaupun baru episode 4, dalam drama ini semuanya sekadar lakonan namun ia sepatutnya lebih “peka” kerana dilabelkan sebagai drama islamik. Adegan haram tidak perlu di lakonkan di antara yang bukan mahram walaupun ianya “sekadar lakonan” . 

Kami menekankan sepatutnya drama ini lebih peka dengan landasan islam yang sebenar, kami cuba memahami tujuan asal pengarah untuk berkarya iaitu untuk menyampaikan “realiti” masa kini .Ya,mungkin ada segelintir yang begitu. Tapi di luar kesedaran , perkara sebegini lebih menjatuhkan para pendakwah di luar sana. Menjatuhkan wanita berniqab dan pelajar jurusan islamik. Seperti mana perbankan juga “panel syariah” rasa nya lebih baik jika sebelum membuat apa-apa cerita islamik di rujuk kepada alim ulama’ @ mereka yang arif dalam bidang agama.

Mungkinkah selepas ini rasa kepercayaan akan berkurangan di kalangan ummat terhadap para pendakwah , terhadap ugamawan terhadap mereka yang menutup aurat mengikut syarak . Tidak mustahil… mind control yang di lampiaskan oleh drama ini impaknya amat besar . Golongan yang menonton jika dari mereka yang punya fikiran yang baik , insyaAllah tidak mustahil untuk membezakan baik dan buruk , tetapi bagaimanakah pula pihak yang tidak dapat membezakan, bagaimanakah kanak-kanak yang menonton?

Mungkinkah mereka akan kata… “Muslimin dan muslimah pakai mcm tu boleh buat.. kenapa kami tak boleh buat ??? “

”oh!.. boleh dating-dating, bercinta-cinta ,bersayang-sayang sebelum nikah ( Islam punya dalam perkara ini,bahkan semua perkara .. tp jika dilihat pada cerita ini, kita sendiri akan malu dengan dialog pasangan itu yang terang-terang tidak mengikut landasan yang betul dan merendahkan akhlak mereka ) 

Jangan kerana drama yang kononnya mahu mengetengahkan realiti masyarakat menyebabkan golongan-golongan maksiat akan mendapat hujah untuk menegakkan maksiat yang semakin tenat di dalam masyarakat.

Islam adalah sebuah agama yang suci dan lengkap. Cukup lengkap dalam setiap perkara , jangan kerana ingin menunjukkan realiti masa kini ,tetapi impaknya kita memburukkan islam itu sendiri , menjatuhkan golongan-golongan yang menyebarkan dakwah-dakwah di seluruh pelusuk negeri tanpa mengenal lelah untuk menyampaikan firman-firman Allah.

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang soleh, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Kerana berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri"..

Ayat di atas menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita. Begitu juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadhussolihin karangan Imam An-Nawawi.

Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hadis nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa uang diuji dalam memelihara anak perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak.

Kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita. Dengan keadaan ummah yang semakin parah , mari kita bersama-sama sebaik mungkin , memperbaiki diri kita… keluarga kita .. rakan-rakan.. dan ummah kita…

Mari bermuhasabah , pihak kami juga hamba Allah , tidak hebat mana.. punya kesilapan juga , harap para pengunjung lebih memahami dan tidak mempersoalkan dengan keterlaluan pandangan masing-masing… 

Persoalan dari pengunjung :

1- Kenapa page tertera nama “pelajar Jordan ” ;

Page ini di namakan page “pelajar Jordan” kerana pada mulanya admin hanya berniat untuk membuat secara kecil-kecilan untuk pelajar Jordan , dan sambutan yang amat mengalakkan , alhamdulillah .. Maaf, memang nama page ini “pelajar Jordan “ tidak dapat di tukar selepas “like” page melebihi 100 . Begitulah info yang admin terima tentang setting facebook.

2- Perkara ini remeh saja , kecil saja kenapa nak kecoh-kecoh? 

Suatu perkara yang perlu kita renungi bersama berhubung dengan ajaran agama Islam adalah ia merupakan satu-satunya ajaran yang paling unik dan amat berbeza dengan agama yang lain kerana sifatnya yang syumul (menyeluruh) dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Rasulullah saw dalam rangka mengajak umat manusia kepada tauhid, ibadah dan akhlak islamiyyah, tidak pernah sama sekali pun memperkecilkan mana-mana bahagian dalam urusan agama mahupun sesuatu yang berhubungkait dengannya, baik yang berkaitan dengan perkara aqidah, ibadah, sosial, politik, pembangunan, ekonomi, ketahanan dan pertahanan hatta kepada perkara-perkara kecil seperti adab-adab memasuki tandas mahupun ketika menjamu makanan.

Justeru, dalam mempertahankan kesucian dan ketulenan ajaran Islam yang dibawanya, baginda saw akan segera bertindak memperbetulkan sikap mana-mana pihak yang cuba merombak atau merubah ketulenan inti ajarannya, walaupun sesuatu perkara yang cuba di ubah itu adalah suatu yang amat kecil dan kelihatan remeh-temeh.

Dalam sebuah riwayat daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu, katanya: Pada pagi hari 'Aqabah (musim haji) 

Rasulullah bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: 'Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah)'. Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletakkannya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: ' (ya!) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu) kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu (Sanad sahih – dikeluarkan oleh al-Nasaa'i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah. (Rujuk Shahih Ibn Khuzaimah, jilid 15, ms. 276). Selain itu, Syaikh Nashiruddin al-Albani juga turut mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah, jilid 3, ms. 278) 

Jika dilihat daripada hadis di atas, maka dapat diambil iktibar bahawa melakukan sesuatu perkara di luar batasan yang telah digariskan oleh ajaran Islam, meskipun pada pandangan kita tindakan yang diambil itu hanyalah suatu tindakan yang kelihatan kecil dan baik di sisi akal, maka ianya tetap dianggap sebagai suatu yang ditegah dan dilarang oleh Islam. Lihatlah, baginda saw mengklasifikasikan tindakan mengubah suruhan baginda sekalipun dalam hal menentukan saiz batu yang hendak digunakan untuk melontar jamrah itu adalah sebagai tindakan al-ghulu (melampaui batas) dalam agama yang boleh membawa umat kepada kehancuran sebagaimana yang telah menimpa ke atas umat terdahulu. Jika dalam perkara "remeh" yakni hanya dalam masalah penentuan saiz batu itu pun baginda saw sudah bertegas, maka bayangkanlah bagaimana agaknya reaksi baginda terhadap perkara yang lebih "besar" daripada itu .

3 – Berpurdah itu bukan wajib pun , tak bermakna berpurdah,bertudung labuh itu baik.

Ya , benar tidak bermakna berpurdah / bertudung labuh itu hebat . Tetapi seperti mana kita tahu purdah itu punya khilaf antara wajib dan tidak ( saya tidak mahu membincangkan tentang ini ) . Dan seperti mana anda tahu ianya adalah sunnah,tujuan dan niat pemakai tidak perlu dipertikaikan disini.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Terima kasih atas sokongan semua pengunjung terhadap page ini. Ini sekadar pandangan dari pihak admin,jika anda mempunyai pendapat yang berlainan kita sama-sama menghormati sesame kita. 

Admin berharap jika ada sebarang kekurangan, harap di tegur dengan berhikmah. Maka perlakuan,pertuturan harap sopan,gunakan kata-kata lembut ketika berinteraksi sesama kita. 

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim


dipetik dari page FB kami pelajar jordan membantah tayangan tahajud cinta 

Wednesday 20 July 2011

Ustazah pilihan @ ustazah hiburan???

Kali pertama melihat iklan uji bakat 'ustazah pilihan' di kaca tv diri jadi kaget sendiri. Tanpa berfikir panjang diri lantas menghukum betapa tidak wajar dan tidak sesuai program realiti terbaru tersebut. Masakan seorang muslimah harus ditonjolkan dengan meluas seperti itu??. Imam muda boleh lah, sesuai sebab lelaki. Tapi kalau ustazah pilihan langsung tak sesuai. Apa punya program la...merepek betul... bla...bla...bla macam2 komen lain menyusul dari mulut saya, awak dan kita... mungkin... di mana2 pasti ada suara bantahan yang sampai ke pendengaran ini...dan hati pun bersetuju dalam diam....

segala yang difikir seolah-olah sangat wajar, tapi hanya kerana beberapa baris ayat akal dipaksa berfikir semula isu ini...

Ternyata majlis ilmu yang pada saat akhir hampir-hampir tidak dapat saya hadiri itu telah memberi satu dampak yang besar kpd diri saya. Walaupun apa yang saya perolehi itu bukanlah isi sebenar yang ingin disampaikan oleh ustaz yang berceramah. cuma sekadar kata selingan yang tidak sampai seminit di sentuh oleh beliau.

Ramai yang membangkang ustazah pilihan kononnya tidak wajar dan sebagainya (termasuk saya juga)... tapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku untuk program realiti lain yang berbentuk hiburan... tidak pula kita bising2 malah siap sokong dan mengundi lagi! Pelik kan? Wahal yang terkinja-kinja dipentas itu bukan orang lain suadara se-Islam kita juga....


Seorang muslimah ingin ditampilkan dalam rancangan realiti tv berbentuk ilmu dan keagamaan dirasakan tidak sesuai... tapi seorang muslimah yang tampil di pentas hiburan dengan tudung dan busana muslimah di puji melambung..?? pelik kan??...



Kerana kita berbeza... maka Allah telah menyediakan ganjaran yang berbeza juga mengikut tingkat iman masing-masing.... Siapa yang paling bertaqwa akan meraih ganjaran yang paling hebat pula di akhirat kelak. Siapa yang kurang imannya maka kuranglah juga ganjarannya... Ustazah pilihan jika dilihat dengan tidak emosi melulu... dengan berlapang dada...merupakan satu alternatif kepada mereka yang 'baik' tapi ingin menonjol... ada agama tapi ingin menjadi terkenal...jadi di sini lah tempat untuk mereka. Ini merupakan alternatif yang lebih baik dari membiarkan mereka menonjolkan diri di tempat yang tidak sepatutnya umpamanya di program realiti tv berbentuk hiburan yang kini menggila di kaca-kaca tv kita.... jika tidak disediakan saluran yang baik lambat laun akan ke sana juga mereka... jadi ada wajarnya juga program ustazah pilihan ini....

Seorang muslimah yang baik tidak akan menonjolkan diri mereka...!!. Ok2.... maka seharusnya muslimah yang baik tidak perlulah menyertainya kan? tiada paksaan siapa yang ingin atau tidak menyertainya... hanya sekadar alternatif yang lebih baik berbanding membiarkan mereka terkinja-kinja di pentas hiburan...

Kerangka kita berfikir berputar pada paksi yang sama kerana pemikiran kita sedang dijajah.... agama dilihat dalam aspek yang sangat sempit dan sekadar sebatas amalan ritual...sedangkan Islam itu bukan sekadar itu... Islam ialah cara hidup, ramai yang mengetahui tapi tidak ramai yang mampu menghayati...hasilnya lahirlah fikiran2 seperti yang telah dicoretkan di atas.... Tugas kita bukan untuk menghukum saudara kita... kita sebagai hamba biasa hanya mampu saling berpesan ke arah kebaikkan. Saudara2 kita yang ketagih glamour mungkin tidak dapat terus diubah begitu sahaja...semoga alternatif seperti ini memberi laluan kepada mereka merealisasikan impian dan dalam masa yang sama semoga pengisian program tersebut itu nanti mampu merubah mereka menjadi lebih baik....

Apa-apa pun teruskanlah berdoa yang terbaik untuk saudara2 kita... semoga pengisian program tersebut kelak berlandaskan norma2 Islam  dan memberikan pendedahan yang berguna kepada peserta dan penonton.... sekadar refleksi diri....walahua'lam...

-rindusyurga-

Wednesday 13 July 2011

Tak biasa menjadi biasa..

Assalamualaikum..wbt
Salam penuh cinta buat sahabat yang ana kasih sekalian..kaifa hal?

Em agak-agaknya ape maksud tersirat disebalik tajuk post ana kali ini ye? Maaf jika gaya bahasa atau penulisan ana membuatkan kalian keliru atau x faham kerana ana memang kurang dalam bab penulisan ni. Kali ni ana ingin kongsikan fenomena yang mungkin terjadi dalam kalangan kita (tidak kiralah dirumah atau dimana2) namun kurang penegasan mahupun peringatan untuk merubah keadaan. Agak-agaknya ape ye..

Sahabat yang ana kasih sekalian,

Teringat pula kata2 seorang doktor di fasa awal pentarbiyahan ana dulu, katanya dgn penuh semangat "kita ni kena ubah diri kita menjadi seorang yang luar biasa, dari zero to hero, dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik lagi..jika kita sebelumnya seorang yang suka melengahkan solat, maka hari ini kita harus merubah diri kita menjadi orang yang paling awal solat, alert dgn waktu solat..dan seterusnya...". Masyaallah menangis diri ini mengenangkan kejahiliyahan dahulu..begitu membekas sekali..subhanallah..

Ye..SOLAT. ayuh kita perhatikan dan muhasabah sebentar seperti apakah solat kita pada hari ini..ye benar sekali mungkin bagi kita yang telah dilanggar tarbiyah ini, tidak lagi teruji dengan meninggalkan solat dengan sengaja. Namun lupakah kita pada musuh kita yang nyata yakni syaitan yang sentiasa mencari ruang-ruang untuk menyesatkan manusia..apatah lagi yang sudah ditarbiyah, pangkat syaitan yang datang menggoda juga semakin meningkat bukan?  Adakalnya kita jua turut terjerumus dalam tipu daya syaitan apabila dengan sengaja atau tidak sengaja melengah-lengahkan solat fardhu..sedarkah kita? mungkin sedar tapi menganggapnya perkara biasa..AWAS bahaya tu..






Beza sengaja dengan tidak sengaja,.

Teringat ana dalam satu slot bersama seorang ustazah, katanya : ''akhwat ni cara dia lengahkan solat tu mungkin berbeza dari masyarakat umum, umpamanya kita boleh lihat waktu akhwat makan. kadang2 tu waktu makan nak dekat masuk waktu dah, tapi xpe lagi yg jadi masalahnya bila lepas makan time tu la nak mengemasnya, basuh pinggan la sedangkan waktu solat dah masuk..kadang-kadang time maghrib baru nak mandi la. sedangkan sebelum tu x buat ape2 pun..dan seterusnya.." hmm..macam mane pernah x perkara yang seumpamanya berlaku pada diri antuna? Bila ana fikir-fikirkan semula em ada benarnya kata2 ustazah ni..kita cuba mencipta alasan untuk membenarkan kita lewat solat..dan lebih dasyat lagi bilamana fenomena yang sama berlaku atau dilakukan berulang kali..maka ia akan menjadi kebiasaan bukan?dalam x sedar kita telah menjadikan yang 'tak biasa kepada biasa'. kenapa 'x biasa'? kerna melengahkan solat bukanlah hal yang dibiasakan oleh rasullullah dan generasi sahabat..

sahabat yang ana kasih sekalian,

Beza kan, sengaja dengan tidak sengaja. Dalam hidup ni pilihan tu sentiasa ada..kita bole sahaja memilih untuk solat dulu dari urusan lain, tanpa menafikan ketetapan yang dirancang sesetengah manusia untuk kepentingan sejagat..namun semuanya tergantung pada diri kita untuk bijak mnggunakan masa dan keadaan..semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang membiasakan apa yang x biasa atau dengan kata lain menjadikan yang 'xbiasa kepada biasa'..dalam kes ini yang ana maksudkan adalah isu melengahkan solat..ana menulis sebagai peringatan buat diri dan untuk dipanjangkan kepada sahabat2 sekalian..semoga kita beroleh manfaat dan maghfirah dariNYa..

Akhirul kalam, maaf andai tulisan ini mengguris mana2 jiwa..yakinlah ia hanya sekadar peringatan bersama. Di sini ada disertakan link berkaitan hal hukum melengahkan solat dan hal-hal lainnya..


~End of post~

-kredit to http://maratussufi90.blogspot.com-

Friday 24 June 2011

Meniti hari..

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ fikiranku kosong... tapi di hatiku sejak mula lagi telah kukuh tertanam sebuah kepercayaan bahawa mesti ada sesuatu yang Allah ingin aku temui di situ... ya pasti ada sesuatu. Semuanya tidak berlaku begitu sahaja pasti ada hikmah di sebalik semua rencana Allah.

Hari pertama aku melangkah masuk ke pejabat hatiku berdebar-debar, aku bersendirian tapi aku tahu Dia tidak pernah meninggalkan ku. Langkah ku susun menuju pejabat untuk mendaftarkan diri....
 Bermula dari detik itu aku kini sebahagian dari kakitangan di sebuah institusi pendidikan di sebuah daerah yang asing bagiku. Namun Alhamdulillah berkat kasih dan sayang-Nya segalanya seakan tidak asing lagi di sini. Di sini aku mengenali insan-insan baru yang banyak membantu ku. Terima kasih ya Allah.

Pelbagai karenah pelajar ku temui saban hari malah sejak hari pertama lagi aku di situ, aku telah dihidangkan dengan pelbagai cerita yang tidak enak tentang mereka...anak didikku. Namun semua itu aku ke tepikan. Sehinggalah aku sendiri berhadapan dengan karenah dan ragam mereka....

Walaupun adakalanya hati terhiris dengan pelbagai karenah mereka, namun aku tetap percaya mereka masih boleh berubah. Asalkan saja ada yang sudi membantu. Kasihku terhadap mereka dari hari ke hari semakin subur. Mereka pelajarku, kalau bukan aku yang menegur dan membimbing mereka siapa lagi?. Hinaan dan cemuhan tidak membawa mereka ke mana... sedangkan seorang nabi yang mulia mampu melihat putihnya gigi seekor bangkai anjing... siapa lah aku untuk tidak memandang kebaikkan yang terpendam di dalam diri insan-insan itu... Semoga Allah menguatkan diri ini.... mudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini  mendidik anak bangsa...amin...

-Rindusyurga-

Sunday 19 June 2011

aku ingin terus meminta

Aku Ingin Terus Meminta (AITEM)
Bismillahirrahmanirrahim,

Aku ingin terus meminta,
Pada DIA ARRAZAQ,
Pemberi segala rezeki,
DIA tidak pernah brkira kepada diriku, 
malah dengan orang sekelilingku jua,
Kadang2 rezeki yang tidak diduga,
DIA seolah-olah mngetahui apa yang diperlukan dalam hidupku.
Aku ingin terus meminta,
Pada DIA ARRASYID,
Sntiasa DIA datangkan aku ilham,
Dalam mnyelesaikan segala masalah,
Petunjuk melalui KitabNYA,
Memberi aku kekuatan untuk berhujah.
Aku ingin terus meminta,
Pada DIA YA NUR,
CAHAYA NYA,
 Cahaya Atas Cahaya,
Menerangi hati-hati hambanya,
lalu terpancar sinar keimanan di wajah mreka,
sinar indahnya bercinta DenganNYA,
sinar indahnya merinduiNYA setiap masa.


Aku ingin terus meminta,
Pada ARRAHMAN dan ARRAHIM,
Mnyayangi dan mngasihi hambanya setiap waktu dan ketika,
Walau dilupakan,
DIA tetap memberi kasih sayangNYA,
Melalui Rasul diutuskan,
Agar RahmatNYA trsebar luas,
Seluruh alam.
Aku ingin terus mminta,
Pada DIA YA LATHIF,
Agar aku tetap dalam menjaga akhlakku,
Sopan dalam pertuturanku,
Menghormati mereka yang lebih dewasa dariku,
Yang kecil tidak pula dianiaya.
Indahnya apabila trus meminta..meminta..dan trus lagi meminta,
Hati kecil bertanya,
Inginkah aku trus memberi?
YA ALLAH,
Beri aku kekuatan, agar aku tegar dalam memberi yang terbaik,
Hanya untukMU..
-puteri yang manis-
-jumaat,3:27 am, 17/6/2011



Saturday 11 June 2011

"sekeping hati"

    Pagi ini, matahari yg malu telah mula memancarkan cahaya, subhanallah, indahnya pemandangan pagi yang disirami oleh cahaya matahari, burung berkicaun, titisan embun yang menitik jatuh di atas muka bumi, kedinginan udara pagi, tidak tergambar oleh kata-kata, sesungguhnya memang hebat ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya. gemersik bunyi yang dibawa oleh angin menghidupkan lagi suasana
    Aku terfikir dan ingin terus berfikir, apa perkara pertama yg terlintas dalam benakku ketika ak bgn dari tido pagi ini, "ak lapar, ngantuk" dan ak terus sambung tido kembali. Terasa pedih hati ini bila mengingatkan kembali, kenapa x terlintas difikiranku "ya Allah, ak belum melaksanakan tanggungjawabku lagi", Alangkah gembiranya hati ini jika perkara itu yg ak fikirkan, malangnya masa yang berlalu x kan dpt diputar kembali seperti memijak air di sungai, air iru pergi jauh dan jauh meninggalkan kita, kita tidak akan dapat memijak air yang sama kerana air sungai sentiasa mengalir. 
    Perkara yang paling penting adalah waktu pagi, jika waktu pagi itu baik, maka baiklah pada seluruh hari itu, tetapi jika pagi-pagi dah ade kesilapan dan khilaf bagaimana dengan baki pada hari ini? Ya Allah, Kenapa masalah ini terjadi pada diriku? Dimana salahku? Dimana silapku?  
    Ak sedar, ak tahu, semuanya bermula daripada hati, dari hati datanglah mujahadah, kerana setiap sesuatu perkara itu bermula daripada niat, niatlah yang menyakinkan perlakuan yg kita lakukan, niatlah yg membezakan perkara yang kita lakukan adalah niat yang baik atau x, semuanya bermula daripada hati, 
"di dalam hati manusia ada seketul daging, jika elok daging tersebut maka eloklah perbuatannya dan jika rosak hati tersebut maka rosaklah jasadnya, daging tersebut adalah hati"
    Marilah kita bersama-sama, membersihkan hati kita supaya kita akan sentiasa berasa gembira dan senang hati dalam melaksanakan perintah Allah, berdoa kepada Allah semoga hati kita sentiasa berada pada jalan Allah, berdoa dan mohon ampun Allah kepada Allah kerana sesungguhnya rahmat Allah itu luas, jgn berputus asa dalam melakukan kebaikan, semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya..amin,   
    Bercakap mengenai hati, ana mengingatkan diri ana sendiri kerana Allah tidak suka seseorang yang bercakap tetapi tidak melakukannaya, bantulah ana dalam mencari keredhaan Allah,
-mentari pagi-

Saturday 28 May 2011

Tirai kehidupan



Malam menutup tirai bumi dengan langsir langit yang dihiasi bintang dan bulan. Rupanya sunguh indah , cantik dan mempersonakan. Tiada tandingan dengan langsir ciptaan makhluk di bumi.Yang di buat untuk menghiasi kediaman semata, ada juga yang bermegah dengannya, walhal ia akan lusuh, tercarik dan hilang keasyikkannya apabila dipakai, diguna bertahun-tahun, minta diganti dengan yang baru. Ciptaan makhluknya memang terbatas dan ada hadnya. tetapi Ciptaan Dia yang di Atas, tiada cacat celanya, indah sekali susunan dan jahitan aturanNYA ,mngurus yang terbaik bagi menghasilkan yang terbaik. Maha SuciMu YaAllah. Merugi bagi yang melupakannya dan merugi bagi yang menyombongkan diri untuk bermegah dengan hasil sendiri walhal semuanya datang dari Allah SWT.
Hati ini pedih melayani titik-titik dosa yang baru, dosa yang diketahui dan mungkin tidak diketahui oleh pemilik hati ini dek fitnah dunia yang melata. Kejayaan bagi syaitan yang memperdaya diri agar leka dan terhibur dengan dosa yang dilakukan. Hati merintih, ‘hai jiwa yang keluh kesah, kembalilah pada Yang Esa, yang menciptakan, memberi perlindungan, memberi kasih sayang, memberi makan dan minum, pakaian, kehidupan yang selesa agar kamu sentiasa sujud padaNYA, jadilah kamu hai hati supaya menjadi hati yang tenang. maka, taubatlah..taubatlah..taubatlah...
Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya, Tuhan
Terdetik.YA ALLAH! Air mata bergenang tidak dapat ditampung lagi akhirnya gugur ibarat gugurnya para syuhada, diri akhirnya tersungkur akur dengan fitrah sebagai seorang hamba. Petak kehidupan yang dilalui selama ini dengan kudis dosa, busuk, apalah diri ini di mataMu, namun peluang kehidupan masih diberi. Ya Rahim, Ya A’zim, YA Rasyid, Ya Lathif..Subhanallah wa lhamdulillah Astaghfirullah Allah hu Akbar..Hati berkata, ‘ hai jiwa yang tenang, bersyukurlah pada Yang Esa, mintalah agar ditetapkan iman dalam AddinNYA’…amin
-puteri yg manis-


Monday 23 May 2011

lilin

Lilin Seorang Guru ...

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku  kini


 
                                     

inteam

-puteri yg manis-

Monday 16 May 2011

KAGUM

Jam Tikah berbunyi.tepat menunjukkan 5 pagi.Aini menggeliat dan melakukan sedikit regangan pada bahagian pinggangnya.Aini tersenyum puas apabila tulang pinggangnya berbunyi."Alhamdulillah", desis Aini.Tikah, Intan dan Lia terus bangun membersihkan diri.Masing-masing sempat melabuhkan cinta dan mengadu pada cinta Yang Agung agar diberikan kekuatan melalui kehidupan yang penuh dengan sengatan ujian dariNYA.Aini yang diberi 'bonus' atau 'hadiah' daripada Allah tidak dapat solat sunat bersama dengan sahabatnya yang lain.Sempat dia mengerling pada Tikah yang sedang khusyuk sujud pada Yang Esa, sedang dia sibuk di dapur.Kebetulan bilik tikah berhampiran dapur, manakala 2 bilik lagi berhampiran ruangtamu.Aini sibuk menyediakan nasi goreng dan terung masak sambal.Dia dah berjanji nak sediakan bekal ke program ESP nanti.
"Lia, tolong tengokkan terung rebus tu ea,"pinta Aini apabila di tahu Lia sudah selesai menunaikan solat sunat sementara menungu azan subuh.
"okey, nak buat macammana terung ni?tanya Lia yang kelihatan kurang faham.
"kalau dah empuk, angkat n letak atas papan pemotong tu.potong macam biase je n terus letak dalam sambal ea".Aini bercakap agak pantas, dia mahu membersihkan diri pula.Dia tak mahu lambat bersiap pula nanti.
"orait". jawab Lia ringkas.
                                            xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
pkul 6.15pagi
" eh, pakcik HPA dah sampai la...jom,jom.jangan lupe kunci rumah ea," Intan sedikit menjerit namun masih menjaga nada suara agar tidak didengari oleh pakcik tersebut.
                                           xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Prjalanan program ESP berjalan cukup lancar.Aini berasa sungguh bersemangat waja selepas mendengar input dan pengalaman yang dikongsi semasa program berlangsung.Satu perkataan iaitu kagum.YA!KAGUM dengan Wadah perjuangan syarikat tersebut, bukan kerana wang ringit dalam menjadi jutawan, pangkat dan nama, tetapi hanya mahu memartabatkan produk HALAL di muka dunia.

"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan KAMI tunjukkan jalan-jalan KAMI"
                                                                                                                             -al-quran-
YA!mereka percaya 100% pada Quran dan Sunnah.Mereka semua pernah jatuh tapi mereka bangkit!Kuncinya, solat tahajud, soalat dhuha dan sentiasa mengingatiNYA semasa susah dan senang.

Aini teringat akan sedikit hadith qudsi yang dibacanya, jika hamba mendekati Allah hanya sejengkal, Allah akan menedekati hambanya sehasta, jika hambanya mendekatiNYA dalam sehasta, Allah akan hampirinya dalam sedepa, jika hambanya berjalan dalam mencari cintaNya, Allah akan berlari kepda hamba yang dicintainya..
                                                        xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aini tersenyum puas, pengalaman hari ini akan dikongsi bersama keluarga dan saudara seislam yang lain.Dia berazam ingin meneruskan perjuangan memartabatkan produk halal , SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN...

-puteri-

Monday 18 April 2011

Ayuh muhasabah diri...

Cintailah 'dia' dalam diam..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah(Share by: Arytha Rusianty)

ukhtifillah...
mejadi wanita solehah itu mungkin payah namun bukan mustahil..
bentenglah dirimu dgn malu agar dirimu tidak tewas kpd cinta 'tidak halal'..
agar dirimu tidak menjadi fitnah kepada islam..
cintamu terlalu mahal utk kau persembahkan kpd 'dia' yg bukan halal..
ukhti...beranilah utk berkata TIDAK kpd mereka yg cuba menceroboh keperibadian solehahmu..
kau terlalu istimewa..kau terlalu berharga..
ukhtifillah..
yakinlah dgn janjiNya...'yg baik itu bagi yg baik jua'
persiapkanlah dirimu dgn akhlak mulia agar ketika saatnya telah tiba,..kau lebih bersedia..kerana
kau bukan zaujah(isteri) biasa..bahkan kau adalah sayap kiri bagi perjuangan suamimu..
hadirmu disisinya adalah utk mengokohkan lagi perjuangannya dalam membela agama ini..

ukhtifillah...
bagi yg sedang menunggu 'masa'...
tingkatkan lagi mujahadahmu...Allah menguji sesuai dgn iman di dada...
ramai yg mencari cinta kerana keindahan..namun tiada keindahan dalam kemaksiatan kpd Allah..
semoga dirimu lebih tabah bersulam mujahadah dalam menghadapi ujian iman..


muhasabah buat diri yg lemah ini...yg berkata lebih lagi diuji...

-maratussufi-