Monday 2 April 2012

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Assalamualaikum wbt
sahabat sekalian, ingin saya kongsikan satu kisah teladan yang sangat menarik hati. moga-moga kita mendapat sesuatu dari kisah yang ringkas ini.

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1.    Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2.    Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3.    Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

 4.    Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

(sumber : http://harmoni-my.org/arkib/1001kisah/)

Subhanallah, bertapa sygnya Allah pada kita, banyak kelebihan kita umat Muhammad saw yang sepatutnya kita syukuri.


 Kita adalah hamba
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering kita

Tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedang tuhan tidak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun

diatasa segala doasa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya

Pohonlah kasih sayangNya

Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
                                                                                                                                          Kita Hamba - Raihan 

by : musafir kasih ^_^