Wednesday 20 July 2011

Ustazah pilihan @ ustazah hiburan???

Kali pertama melihat iklan uji bakat 'ustazah pilihan' di kaca tv diri jadi kaget sendiri. Tanpa berfikir panjang diri lantas menghukum betapa tidak wajar dan tidak sesuai program realiti terbaru tersebut. Masakan seorang muslimah harus ditonjolkan dengan meluas seperti itu??. Imam muda boleh lah, sesuai sebab lelaki. Tapi kalau ustazah pilihan langsung tak sesuai. Apa punya program la...merepek betul... bla...bla...bla macam2 komen lain menyusul dari mulut saya, awak dan kita... mungkin... di mana2 pasti ada suara bantahan yang sampai ke pendengaran ini...dan hati pun bersetuju dalam diam....

segala yang difikir seolah-olah sangat wajar, tapi hanya kerana beberapa baris ayat akal dipaksa berfikir semula isu ini...

Ternyata majlis ilmu yang pada saat akhir hampir-hampir tidak dapat saya hadiri itu telah memberi satu dampak yang besar kpd diri saya. Walaupun apa yang saya perolehi itu bukanlah isi sebenar yang ingin disampaikan oleh ustaz yang berceramah. cuma sekadar kata selingan yang tidak sampai seminit di sentuh oleh beliau.

Ramai yang membangkang ustazah pilihan kononnya tidak wajar dan sebagainya (termasuk saya juga)... tapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku untuk program realiti lain yang berbentuk hiburan... tidak pula kita bising2 malah siap sokong dan mengundi lagi! Pelik kan? Wahal yang terkinja-kinja dipentas itu bukan orang lain suadara se-Islam kita juga....


Seorang muslimah ingin ditampilkan dalam rancangan realiti tv berbentuk ilmu dan keagamaan dirasakan tidak sesuai... tapi seorang muslimah yang tampil di pentas hiburan dengan tudung dan busana muslimah di puji melambung..?? pelik kan??...



Kerana kita berbeza... maka Allah telah menyediakan ganjaran yang berbeza juga mengikut tingkat iman masing-masing.... Siapa yang paling bertaqwa akan meraih ganjaran yang paling hebat pula di akhirat kelak. Siapa yang kurang imannya maka kuranglah juga ganjarannya... Ustazah pilihan jika dilihat dengan tidak emosi melulu... dengan berlapang dada...merupakan satu alternatif kepada mereka yang 'baik' tapi ingin menonjol... ada agama tapi ingin menjadi terkenal...jadi di sini lah tempat untuk mereka. Ini merupakan alternatif yang lebih baik dari membiarkan mereka menonjolkan diri di tempat yang tidak sepatutnya umpamanya di program realiti tv berbentuk hiburan yang kini menggila di kaca-kaca tv kita.... jika tidak disediakan saluran yang baik lambat laun akan ke sana juga mereka... jadi ada wajarnya juga program ustazah pilihan ini....

Seorang muslimah yang baik tidak akan menonjolkan diri mereka...!!. Ok2.... maka seharusnya muslimah yang baik tidak perlulah menyertainya kan? tiada paksaan siapa yang ingin atau tidak menyertainya... hanya sekadar alternatif yang lebih baik berbanding membiarkan mereka terkinja-kinja di pentas hiburan...

Kerangka kita berfikir berputar pada paksi yang sama kerana pemikiran kita sedang dijajah.... agama dilihat dalam aspek yang sangat sempit dan sekadar sebatas amalan ritual...sedangkan Islam itu bukan sekadar itu... Islam ialah cara hidup, ramai yang mengetahui tapi tidak ramai yang mampu menghayati...hasilnya lahirlah fikiran2 seperti yang telah dicoretkan di atas.... Tugas kita bukan untuk menghukum saudara kita... kita sebagai hamba biasa hanya mampu saling berpesan ke arah kebaikkan. Saudara2 kita yang ketagih glamour mungkin tidak dapat terus diubah begitu sahaja...semoga alternatif seperti ini memberi laluan kepada mereka merealisasikan impian dan dalam masa yang sama semoga pengisian program tersebut itu nanti mampu merubah mereka menjadi lebih baik....

Apa-apa pun teruskanlah berdoa yang terbaik untuk saudara2 kita... semoga pengisian program tersebut kelak berlandaskan norma2 Islam  dan memberikan pendedahan yang berguna kepada peserta dan penonton.... sekadar refleksi diri....walahua'lam...

-rindusyurga-

1 comment: