Friday 24 June 2011

Meniti hari..

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ fikiranku kosong... tapi di hatiku sejak mula lagi telah kukuh tertanam sebuah kepercayaan bahawa mesti ada sesuatu yang Allah ingin aku temui di situ... ya pasti ada sesuatu. Semuanya tidak berlaku begitu sahaja pasti ada hikmah di sebalik semua rencana Allah.

Hari pertama aku melangkah masuk ke pejabat hatiku berdebar-debar, aku bersendirian tapi aku tahu Dia tidak pernah meninggalkan ku. Langkah ku susun menuju pejabat untuk mendaftarkan diri....
 Bermula dari detik itu aku kini sebahagian dari kakitangan di sebuah institusi pendidikan di sebuah daerah yang asing bagiku. Namun Alhamdulillah berkat kasih dan sayang-Nya segalanya seakan tidak asing lagi di sini. Di sini aku mengenali insan-insan baru yang banyak membantu ku. Terima kasih ya Allah.

Pelbagai karenah pelajar ku temui saban hari malah sejak hari pertama lagi aku di situ, aku telah dihidangkan dengan pelbagai cerita yang tidak enak tentang mereka...anak didikku. Namun semua itu aku ke tepikan. Sehinggalah aku sendiri berhadapan dengan karenah dan ragam mereka....

Walaupun adakalanya hati terhiris dengan pelbagai karenah mereka, namun aku tetap percaya mereka masih boleh berubah. Asalkan saja ada yang sudi membantu. Kasihku terhadap mereka dari hari ke hari semakin subur. Mereka pelajarku, kalau bukan aku yang menegur dan membimbing mereka siapa lagi?. Hinaan dan cemuhan tidak membawa mereka ke mana... sedangkan seorang nabi yang mulia mampu melihat putihnya gigi seekor bangkai anjing... siapa lah aku untuk tidak memandang kebaikkan yang terpendam di dalam diri insan-insan itu... Semoga Allah menguatkan diri ini.... mudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini  mendidik anak bangsa...amin...

-Rindusyurga-

2 comments:

  1. semoga dapat menjadi pendidik yang sukses dan kental...<3

    ReplyDelete
  2. nbz:
    insyaAllah.... semoga dirimu juga terus tabah melewati warkah2 cinta-Nya... sesungguhnya setiap ujian i2 telah Dia tentukan kepada hamba2Nya yang tertentu. Kamu adalah hamba yang terpilih utk melaluinya.... semoga kamu lulus dgn cemerlang dalam ujian-Nya ini, y di khaskan hanya utk kamu... -rindu syurga-

    ReplyDelete