Sunday 7 August 2011

Bantah tayangan tahajud cinta


Seperti mana kita tahu,watak-watak yang di paparkan di dalam drama ini ada watak-watak para ugamawan / pelajar jurusan agama / muslimah menutup aurat mengikut syarak / muslimah berniqab ( berpurdah ) / ustaz di pondok . Di mana watak-watak ini adalah golongan yang di anggap “pendakwah” di Malaysia. Secara tidak langsung mereka juga adalah “role model”

Apabila babak-babak yang memaparkan wanita berpurdah dan pelajar jurusan Islamic yang di lihat di luar landasan islam. Di mana, adegan berpegang tangan, menyelak purdah, bermusafir secara berpasangan dan pelbagai adegan lain yang memburukkan imej para muslimah berpurdah dan pelajar jurusan islamic.

Bagi contoh Ustaz pondok yang punya isteri 4 dan bertindak “pilih kasih” … seolah-olah memburukkan institusi pondok . 

Walaupun baru episode 4, dalam drama ini semuanya sekadar lakonan namun ia sepatutnya lebih “peka” kerana dilabelkan sebagai drama islamik. Adegan haram tidak perlu di lakonkan di antara yang bukan mahram walaupun ianya “sekadar lakonan” . 

Kami menekankan sepatutnya drama ini lebih peka dengan landasan islam yang sebenar, kami cuba memahami tujuan asal pengarah untuk berkarya iaitu untuk menyampaikan “realiti” masa kini .Ya,mungkin ada segelintir yang begitu. Tapi di luar kesedaran , perkara sebegini lebih menjatuhkan para pendakwah di luar sana. Menjatuhkan wanita berniqab dan pelajar jurusan islamik. Seperti mana perbankan juga “panel syariah” rasa nya lebih baik jika sebelum membuat apa-apa cerita islamik di rujuk kepada alim ulama’ @ mereka yang arif dalam bidang agama.

Mungkinkah selepas ini rasa kepercayaan akan berkurangan di kalangan ummat terhadap para pendakwah , terhadap ugamawan terhadap mereka yang menutup aurat mengikut syarak . Tidak mustahil… mind control yang di lampiaskan oleh drama ini impaknya amat besar . Golongan yang menonton jika dari mereka yang punya fikiran yang baik , insyaAllah tidak mustahil untuk membezakan baik dan buruk , tetapi bagaimanakah pula pihak yang tidak dapat membezakan, bagaimanakah kanak-kanak yang menonton?

Mungkinkah mereka akan kata… “Muslimin dan muslimah pakai mcm tu boleh buat.. kenapa kami tak boleh buat ??? “

”oh!.. boleh dating-dating, bercinta-cinta ,bersayang-sayang sebelum nikah ( Islam punya dalam perkara ini,bahkan semua perkara .. tp jika dilihat pada cerita ini, kita sendiri akan malu dengan dialog pasangan itu yang terang-terang tidak mengikut landasan yang betul dan merendahkan akhlak mereka ) 

Jangan kerana drama yang kononnya mahu mengetengahkan realiti masyarakat menyebabkan golongan-golongan maksiat akan mendapat hujah untuk menegakkan maksiat yang semakin tenat di dalam masyarakat.

Islam adalah sebuah agama yang suci dan lengkap. Cukup lengkap dalam setiap perkara , jangan kerana ingin menunjukkan realiti masa kini ,tetapi impaknya kita memburukkan islam itu sendiri , menjatuhkan golongan-golongan yang menyebarkan dakwah-dakwah di seluruh pelusuk negeri tanpa mengenal lelah untuk menyampaikan firman-firman Allah.

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang soleh, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Kerana berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri"..

Ayat di atas menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita. Begitu juga terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadhussolihin karangan Imam An-Nawawi.

Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hadis nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa uang diuji dalam memelihara anak perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak.

Kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita. Dengan keadaan ummah yang semakin parah , mari kita bersama-sama sebaik mungkin , memperbaiki diri kita… keluarga kita .. rakan-rakan.. dan ummah kita…

Mari bermuhasabah , pihak kami juga hamba Allah , tidak hebat mana.. punya kesilapan juga , harap para pengunjung lebih memahami dan tidak mempersoalkan dengan keterlaluan pandangan masing-masing… 

Persoalan dari pengunjung :

1- Kenapa page tertera nama “pelajar Jordan ” ;

Page ini di namakan page “pelajar Jordan” kerana pada mulanya admin hanya berniat untuk membuat secara kecil-kecilan untuk pelajar Jordan , dan sambutan yang amat mengalakkan , alhamdulillah .. Maaf, memang nama page ini “pelajar Jordan “ tidak dapat di tukar selepas “like” page melebihi 100 . Begitulah info yang admin terima tentang setting facebook.

2- Perkara ini remeh saja , kecil saja kenapa nak kecoh-kecoh? 

Suatu perkara yang perlu kita renungi bersama berhubung dengan ajaran agama Islam adalah ia merupakan satu-satunya ajaran yang paling unik dan amat berbeza dengan agama yang lain kerana sifatnya yang syumul (menyeluruh) dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Rasulullah saw dalam rangka mengajak umat manusia kepada tauhid, ibadah dan akhlak islamiyyah, tidak pernah sama sekali pun memperkecilkan mana-mana bahagian dalam urusan agama mahupun sesuatu yang berhubungkait dengannya, baik yang berkaitan dengan perkara aqidah, ibadah, sosial, politik, pembangunan, ekonomi, ketahanan dan pertahanan hatta kepada perkara-perkara kecil seperti adab-adab memasuki tandas mahupun ketika menjamu makanan.

Justeru, dalam mempertahankan kesucian dan ketulenan ajaran Islam yang dibawanya, baginda saw akan segera bertindak memperbetulkan sikap mana-mana pihak yang cuba merombak atau merubah ketulenan inti ajarannya, walaupun sesuatu perkara yang cuba di ubah itu adalah suatu yang amat kecil dan kelihatan remeh-temeh.

Dalam sebuah riwayat daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu, katanya: Pada pagi hari 'Aqabah (musim haji) 

Rasulullah bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: 'Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah)'. Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletakkannya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: ' (ya!) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu) kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu (Sanad sahih – dikeluarkan oleh al-Nasaa'i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah. (Rujuk Shahih Ibn Khuzaimah, jilid 15, ms. 276). Selain itu, Syaikh Nashiruddin al-Albani juga turut mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah, jilid 3, ms. 278) 

Jika dilihat daripada hadis di atas, maka dapat diambil iktibar bahawa melakukan sesuatu perkara di luar batasan yang telah digariskan oleh ajaran Islam, meskipun pada pandangan kita tindakan yang diambil itu hanyalah suatu tindakan yang kelihatan kecil dan baik di sisi akal, maka ianya tetap dianggap sebagai suatu yang ditegah dan dilarang oleh Islam. Lihatlah, baginda saw mengklasifikasikan tindakan mengubah suruhan baginda sekalipun dalam hal menentukan saiz batu yang hendak digunakan untuk melontar jamrah itu adalah sebagai tindakan al-ghulu (melampaui batas) dalam agama yang boleh membawa umat kepada kehancuran sebagaimana yang telah menimpa ke atas umat terdahulu. Jika dalam perkara "remeh" yakni hanya dalam masalah penentuan saiz batu itu pun baginda saw sudah bertegas, maka bayangkanlah bagaimana agaknya reaksi baginda terhadap perkara yang lebih "besar" daripada itu .

3 – Berpurdah itu bukan wajib pun , tak bermakna berpurdah,bertudung labuh itu baik.

Ya , benar tidak bermakna berpurdah / bertudung labuh itu hebat . Tetapi seperti mana kita tahu purdah itu punya khilaf antara wajib dan tidak ( saya tidak mahu membincangkan tentang ini ) . Dan seperti mana anda tahu ianya adalah sunnah,tujuan dan niat pemakai tidak perlu dipertikaikan disini.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Terima kasih atas sokongan semua pengunjung terhadap page ini. Ini sekadar pandangan dari pihak admin,jika anda mempunyai pendapat yang berlainan kita sama-sama menghormati sesame kita. 

Admin berharap jika ada sebarang kekurangan, harap di tegur dengan berhikmah. Maka perlakuan,pertuturan harap sopan,gunakan kata-kata lembut ketika berinteraksi sesama kita. 

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim


dipetik dari page FB kami pelajar jordan membantah tayangan tahajud cinta 

2 comments:

  1. salam.camne nk post kt cni??adoi,dh lupe lah..asif jiddan,,>_<
    ~cek0d0k..

    ReplyDelete