Thursday 14 April 2011

Melihat dunia...

 Merenung hari-hari berlalu terasa masa terlalu pantas berlalu... terasa kaki bagaikan tidak berjejak ke bumi, terapung di awan-awangan... hanya beberapa hari bersisa semester ini akan berakhir....dan aku seperti juga semester-semester lalu hanya begitu. Ada rasa kesal namun amat sukar diubah....
  Senario biasa yang kulalui hampir saban semester di bumi bertuah ini... Aku percaya ramai lagi diluar sana juga sepertiku. Inilah akibanya jika belajar hanya berkiblatkan exam... usai peperiksaan semua entah ke mana dicampakan segala buku dan nota... banyak yang ditimba tapi mungkin tiada kualitinya lagi...
Akhir-akhir ini hati terusik jua dengan fenomena ponteng kelas dalam kalangan para sahabat sekuliah yang pada pandangan umum 'beragama'. Nafas rasa agak sesak bila ada yang mempersoalkan kenapa orang yang faham agama berkelakuan begitu. Bagiku mungkin itu hanyalah permasalahan furuk yang tidak harus disandarkan kepada faktor agama. Bukan kerana agama dia begitu. Tapi mungkin pada pandangan umum agama yang menyebabkan dia begitu. Tidak hairanlah bila ramai yang beranggapan agama itu kuno. Bukan salah pada agama suci ini tapi salah pada diri kita sendiri... Agama hanya mampu dilafazkan dibibir tapi tidak mampu dizahirkan dengan perbuatan...
Diri rasa agak gementar dengan ancaman-ancaman sebegitu kerana bimbang diri ini menjadi salah satu fitnah kepada agama...( moga dijauhkan Allah). Akhir-akhir ini juga diri makin kerap diuji...Memang ujian sentiasa ada, namun diri agak payah menerima hinaan yang diterima baru-baru ini hanya kerana aku bertudung labuh. Hati terasa hancur tika ada yang mengejek "kenapa tidak pakai sampai ke kaki je"... "orang macam kau ni pun buat kerja tak senonoh, bukan boleh harap sangat" dan bermacam-macam lagi. Segala yang dilontar amat prejudis...  Namun hati rasa terpujuk bila menyedari itu adalah lumrah dunia akhir zaman... Islam akan menjadi dagang semula seperti mana ia diturunkan dahulu... Tambah mengubat luka bila mengenangkan kesabaran insan mulia yang lebih hebat diuji dengan pelbagai hinaan dan tomahan yang jauh lebih dahsyat...sedangkan Baginda itu insan mulia, ini kan diriku yang bukan siapa-siapa..apa sangatlah ertinya hinaan seperti itu. Hinaan itu juga menjadi satu teguran secara tak lansung supaya kita sentiasa berhati-hati agar tidak tersalah langkah...
 Pendeknya dalam apa jua situasi lihatlah hikmah yang terkandung disebaliknya. Kecewa, sedih, marah dan sebagainya memang wajar kerana kita manusia. Namun segeralah kembalikan segalanya kepada Dia insyaAllah hati kita akan lebih tenang... Begitulah aku melihat duniaku... Usah dipersoalkan apa yang menimpa kita, tetapi sebaliknya cari penyelesaian untuk menghadapinya...wassalam.. sehingga berjumpa lagi...

-rindusyurga-

4 comments:

  1. nak kumen sikit..hik3
    pertama baca title post nie, ingatkan nak cerita pasai cara kita melihat dunia, ambik iktibar dari penciptaanNya..tapi, rupanya, "pengepost" nak cerita pasai cara dia melihat segala ujian yang dia hadapi..subhanallah..suka dengar ketabahan dan kaf-sod-ba-ra-nun ukhti...=)..dalam menempuh segala macam ujian ini...

    sekadar perkongsian dari ustaz pahrol baru2 ni.. ana tersentuh dengan kata2nya..dia kata LIHATLAH DUNIA DENGAN MATA HATI..KITA GUNAKAN MATA UNTUK MELIHAT, DAN HATI UNTUK BERFIKIR...

    best2..

    ReplyDelete
  2. time ksih 'rindu syurga' krane jua bjaye mnyedarkan ana dgan prkongsian ujian enti... ana bru pun tgok sang murabbi kat utube,ape yg ana ptik, slagi kte x lolos dan ujian, ALLAH akan uji lagi dgan yg sama, kalau dah bjaye maka drjt kite btmbah di sisi NYA..amin..=)
    nice writing..

    ReplyDelete
  3. suke ayat ni..^_^"Namun hati rasa terpujuk bila menyedari itu adalah lumrah dunia akhir zaman"
    ujian+cabaran=tarbiyah

    ReplyDelete
  4. thanks, it remaind a lot of things because lately i did not do thing that i should do, thanks to you, my best regards :)

    ReplyDelete