Tuesday 12 April 2011

Ketika Tarbiyah Bertasbih..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah..
Setinggi-tinggi pujian buat Allah, Rabb yg tidak pernah tidur, tidak pernah leka mengurusi hamba-hambaNya..yg sentiasa menitipkan kasih sayangnya di setiap saat bagi hamba yg menyedarinya..yg sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihnya meski Dia sering didurhakai, meski Dia sering dilupai..hanya kerana Dia begitu mencintai dan merindui hamba-hambanya yang beriman..Alhamdulillah atas nikmat ini wahai cinta agung..

Ketika Tarbiyah Bertasbih..begitulah hasilnya..
hati-hati dan jiwa yang ditarbiyah ini begitu rindu dan berharap akan pertemuan dengan-Nya..setiap detik dan saatnya adalah demi meraih redha  kekasih agungNya..ya sanggup lakukan apa sahaja, sanggup korbankan apa sahaja..hingga ketika cinta dunia menyapa, maka jawapannya tegas.."allah tujuan kami, mati di jalan Allah cita-cita kami"..selamt tinggal jahiliyah, selamat tinggal kemalasan, selamat tinggal tidur yg panjang, selamat tinggal alasan x munasabah..
siapakah mereka ini?
mereka bukan siapa-siapa, mereka bukan ustaz, bukan YB dan bukan orang agama. bahkan mereka yg tidak punya ilmu agama yg banyak..tak mampu nak menghurai kitab pun. Namun mereka tahu dan jelas dengan matlamat mereka..hidup mereka hanyalah untuk Allah semata..kerja mereka adalah menyelamatkan sesiapa sahaja yang bernama manusia malalui "tarbiyah"..rela dan redha menjadi 'khadam ummah'..
sehingga tarbiyah benar-benar bertasbih di setiap jiwa manusia..Insyaallah..

-maratussufi-

6 comments:

  1. salam, semoga ukhuwah kita berterusan sehingga ke akhirnya, ana berharap anti dapat terus menegur ana, terima kasih atas segalanya, all the best :)

    ReplyDelete
  2. peerrghhh... ayat bagus....oops rasenye salah post komen lor.. kena ikut emel sendiri..haha.. bia la

    ReplyDelete
  3. hehehe...ape la ketikacintaberusrah ni..xpe yg penting komen xkisah la guna emel mane..huhu

    ReplyDelete
  4. like,like : maka jawapannya tegas.."allah tujuan kami, mati di jalan Allah cita-cita kami"..selamt tinggal jahiliyah, selamat tinggal kemalasan, selamat tinggal tidur yg panjang, selamat tinggal alasan x munasabah..
    siapakah mereka ini? : ya kami!kami! dan kami!
    takbir! ALLAH HU AKBAR!

    ReplyDelete
  5. like komen k.c.b..k.c.b. ≠ ketika cinta bertasbih..^_^ k.c.b=ketika cinta berusrah=???
    kak m.m...jazakillah khair ats segalanya,,jgn lupe plan kite ye..hehe

    ReplyDelete
  6. insyaAllah.... semoga Allah sentiasa menguatkan hati2 kita tetap teguh bersatu dalam memperjuangkan agama-Nya... marilah kita sama2 menegakkan Islam dlm diri kita...

    -rindusyurga-

    ReplyDelete