Sunday 17 April 2011

Kala cinta menyapa jiwa... ramai yang menyerah kalah dan tunduk kepadanya. Bila ada yang menegur ramai yang menyangkal kerana jiwa mereka tidak mampu lagi melihat kebenaran lantaran kabutnya cinta yang membelenggu hati mereka.... Mungkin kerana itulah Dia melarang kita sedari awal lagi agar menjaga jarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan... ya kerana Dia tahu kita tidak mampu menanggungnya nanti. Dia terlalu sayangkan kita, maka sedari awl lagi Dia bertegas supaya kita tidak merana kerana cinta yang dusta... cinta yang sengaja dimainkan syaitan...
 Kita sedia tahu cinta dan perasaan itu lumrah dan fitrah. Jika Dia yang menciptakan perasaan itu sudah pasti Dia ada menyediakan saluran yang betul untuk perkara itu. Bukankah Allah itu Maha teliti?. Cuma kita yang sombong mahu mengatur takdir sendiri. Wahai diri, kita tidak mengetahui apapun kecuali sangat sedikit, itu pun sangat terbatas dan tidak pasti...maka mampukan kita mengatur sendiri takdir kita?. Bukankah lebih baik jika  kita mengurus diri menerima seadanya takdir dari-Nya?  kerana Dia lebih tahu apa yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlaku...maka sudah pasti pertimbangan dan keputusan-Nya lebih tepat dan benar untuk setiap hamba-Nya.
Siapa dia di sisi mu yang begitu hebat itu? sehingga kau merasakan dialah yang paling layak untuk mu?. Atas dasar apa engkau memilihnya, kerana imannya kah? Atau kerana perkara lain yang tiada kena mengena dengan imannya... ingatlah diri, tiada suatu pun yang lebih berharga melebihi nilainya iman... biarlah pada pandangan manusia kita terlihat biasa atau hina sekalipun kerana mempertahankan iman asalkan redha Allah mengiringi.... usah diharap redhanya manusia sehingga membelakangkan redhanya Allah kelak pasti kita yang binasa....
Jangan biarkan fitrah cinta menjadi fitnah kepada diri kita. Ikutlah saluran yang betul melalui ikatan perkahwinan... Cinta rasa yang dianugerahkan kepada manusia untuk menjamin kelansungan hidup mereka dalam ikatan yang sah. Ia menjadi tali pengikat sebuah perkahwinan... Jika belum berumahtangga perlukah bercinta? Jika tidak berkaki perlukah berkasut??  Fikir-fikirkanlah wahai diri.... Satu perkara yang harus dipegang erat... asal hukum perhubungan lelaki dan perempuan adalah HARAM...!! Hanya darurat yang mampu menukar hukum itu... Daruratkah jika kita hanya sekadar menghantar masej untuk bertanya "dah makan ke belum?".... Jawaplah dengan jujur wahai diri... keperluankah itu atau engkau sekadar mencari-cari alasan untuk melanggar batas perhubungan...

-rindusyurga-

2 comments:

  1. tertinggal pula tajuknya ye. Tajuknya "cinta atau dusta". Artikel penuh boleh tengok di fb Find Sinar

    -rindusyurga-

    ReplyDelete
  2. cinta kpd manusia dan couple, 2 perkara yang saling berkait, luahkan cinta jadilah couple, diamkannya cinta, ape yang terjadi? fikir2 dan renungkanlah, :)

    ReplyDelete