Tuesday 12 April 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah Tuhan di atas setiap nikmat yang kita dapat sekarang
Pantang menyerah, pantang undur (No Reatreat, No Surrender)
First of all, ape tu? ape yg no reatreat, no surrender? jom kita menyelam dengan lebih dalam. Apa sebenarnya ungkapan ini? Ungkapan ini merupakan kata penguat kepada sesuatu perkara yang kita lakukan. Hal ini kerana ia merupakan perkara yang mustahil untuk kita gagal dalam kehidupan. Seringkali kita berbisik "ak give up ar, dh beratus kali ak wt soalan nie tp x dpt lg, tension ak, ak nk wt benda lain ar plak", ayat yang biasa diutarakan, sama ada sedar atau tidak, betul x? Cuba kita renung balik apa yg kita dapat bila kita bercakap begitu. Sebelum tu, siapa kenal Thomas Eva Edison? sape dia nie? ape plak kaitan org nie? Thomas adalah org yg telah berjaya mencipta lampu filamen, tahniah diucapkan kepada Thomas kerana dengan usahanya kita dapat menggunakan lampu pada waktu malam. satu persoalan yang saya hendak utarakan, pada kali ke berapa Thomas berjaya mencipta lampu nie? adakah pada percubaan pertama? kedua? atau ketiga? berapa kali agaknya Thomas mencuba, dh dpt jawapan? sebenarnya Thomas berjaya mencipta lampu filamen setelah gagal mencuba sebanyak 10 000 kali, kenapa agaknya selepas kali yang ke-10 000 baru Thomas berjaya. Kata Thomas "Saya belum lagi gagal, saya hanya tahu 10 000 sebab mengapa ia gagal", apakah yg kita dapat dari kata-kata ini? 
Berterima kasih kepada kegagalan kerana kegagalan adalah ilmu pengajaran dan kegagalan adalah ilmu pendidikan. kita perlu berani menempuhi kegagalan. kegagalan adalah ilmu bagi menempa kejayaan. tetapi apabila kita mengalah, kegagalan itu menjadi kegagalan kita selamanya, no reatreat, no surrender!!!! 
Oleh yang demikian, kita hendaklah mengikut sifat Thomas yang tak pernah mengenal erti putus asa, x de apa yang kita dapat apabila kita menyerah kalah, yakinlah dengan diri kita sendiri, kerana semua keputusan terletak di tangan kita. Ingatlah "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali dia mengubahnya sendiri". hal ini beerti jika kita mahu berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita hendaklah mengubah diri kita terlebih dahulu, tidak ada orang yang boleh mengubah kita kecuali diri sendiri, sahabat, ibu bapa, guru, adik-beradik dan saudara-saudara kita hanya boleh menasihati kita sahaja, tetapi pokok pangkal perubahan terletak pada tangan kita......"Tiada jalan keluar untuk sesuatu cabaran, kecuali kita menyelesaikan cabaran tersebut, tetapi jangan sesekali menyerah kalah sebelum kita berbuat sehabis baik" 
Cukup sahaja untuk kali ini, apa lg yang nk ditulis, x de pape lg, hmmm.......ok, wassalam
-mentari pagi- 

6 comments:

  1. ye betul..tiada jalan keluar utk sesuatu cabaran, kecuali kita selesaikan..semoga mentari pagi terus gigih dan thabat dan mujahadah di jalan yg penuh liku ini...tiada yg bisa mengubah diri kita melain kita sendiri..

    ReplyDelete
  2. yup, jangan menyerah kalah, hendak seribu daya, x nak seribu dalih, all the best :)

    ReplyDelete
  3. che.. dgr first2 ayat je i tau sapa u... hehehe.. fana fana fana alam fana... semoga berkekalan persahabatan kita ye...

    ReplyDelete
  4. belajarlah dri kesilapn lalu, jgan mudah bputus asa, kegagalan kite pada saat itu, adlh bpunca dari ksilpn di titk permulaan..muhasabah diri =)

    ReplyDelete
  5. "No Reatreat, No Surrender"!!yeah,i got it..u get it?fmj=mentari pagi ye..lpas ni akak kne post komik tarbiyah plak..hehe..sbab akak pro bab ni kn?huhu

    ReplyDelete
  6. kesilapan merupakan guru yang baik jika kita mahu mengambil pengajaran darinya... ya betul cabaran harus dihadapi... masalah yang mendatang harus diselesaikan, lari dari masalah hanya akan menambahkan masalah...

    -rindusyurga-

    ReplyDelete