Thursday 22 September 2011

PENGARUH MAKSIAT PADA HATI

     Dalam Al-Quran Allah menjelaskan syirik, zina dan liwat adalah najis dan kotor yang wajib dihindari manakala dosa-dosa perbuatan lain tidak dinyatakan walaupun sebenarnya ia mengandungi najis. Namun, Allah menjelaskan lagi di dalam Al-Quran yang bermaksud:
 
    "Hai orang-orang beriman, sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah itu najis" (At-Taubah:28)

    Jelaslah di sini, menduakan Allah itu adalah najis dan mesti dijauhi atau dikeluarkan daripada badan dan hati. Ia satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan melainkan bertaubat. Mengenai liwat pula, Allah menjelaskan dengan maksudnya:

    "Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik" (Al-Anbiya:74)

   Kesimpulan daripada ayat ini, kaum Nabi Lut adalah golongan yang menyekutukan Allah dan mereka ibarat najis. Nabi Lut dan keluarga bersih daripada kekotoran itu kerana manjauhi perbuatan itu. Mengenai zina Allah berkata, maksudnya:

   "Wanita-wanita yang kotor adalah untuk laki-laki kotor" (An-Nur:26)

    Ayat ini menjelaskan, kaum wanita yang kotor, pasangannya adalah mereka yang sama-sama kotor iaitu mereka yang sama-sama melakukan banyak dosa. Begitu adilnya Allah memberikan hak kepada mereka yang sama jenis.


PENGARUH NAJIS PADA ROH DAN HATI

   Najis adalah benda-benda yang dapat dilihat dengan jelas. Bagaimanapun, ada juga najis yang tidak dapat dilihat. Najis yang tidak dapat dilihat ini yang menewaskan roh dan hati manusia sehingga mereka yang memiliki hati terang dapat menghidu najis itu.
   Jiwa yang sudah dilekati dengan najis apabila dibiarkan akan merosakkan hati dan badan. Ini sama ertinya menyimpan atau menahan keluar najis-najis daripada badan. Badan akan menerima kesan akibat menahan najis ini daripada keluar.
   Berbeza daripada badan yang bersih, itu menandakan segala najis dari badan keluar. Badan kelihatan cergas dan bersemangat. Ini memudahkan kita melakukan amal ibadah kerana diri sudah suci. Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh seruan agama.

Petikan daripada:
Bahagiakan Hatimu 
Ibnu Qayyim Al-JauziyaH 
   

 

2 comments:

  1. seketul daging yang kecil namun besarnya pengaruhnya, itulah hati, seketul hati yang perlu dijaga dan dirawat

    ReplyDelete