Monday, 18 April 2011

Ayuh muhasabah diri...

Cintailah 'dia' dalam diam..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah(Share by: Arytha Rusianty)

ukhtifillah...
mejadi wanita solehah itu mungkin payah namun bukan mustahil..
bentenglah dirimu dgn malu agar dirimu tidak tewas kpd cinta 'tidak halal'..
agar dirimu tidak menjadi fitnah kepada islam..
cintamu terlalu mahal utk kau persembahkan kpd 'dia' yg bukan halal..
ukhti...beranilah utk berkata TIDAK kpd mereka yg cuba menceroboh keperibadian solehahmu..
kau terlalu istimewa..kau terlalu berharga..
ukhtifillah..
yakinlah dgn janjiNya...'yg baik itu bagi yg baik jua'
persiapkanlah dirimu dgn akhlak mulia agar ketika saatnya telah tiba,..kau lebih bersedia..kerana
kau bukan zaujah(isteri) biasa..bahkan kau adalah sayap kiri bagi perjuangan suamimu..
hadirmu disisinya adalah utk mengokohkan lagi perjuangannya dalam membela agama ini..

ukhtifillah...
bagi yg sedang menunggu 'masa'...
tingkatkan lagi mujahadahmu...Allah menguji sesuai dgn iman di dada...
ramai yg mencari cinta kerana keindahan..namun tiada keindahan dalam kemaksiatan kpd Allah..
semoga dirimu lebih tabah bersulam mujahadah dalam menghadapi ujian iman..


muhasabah buat diri yg lemah ini...yg berkata lebih lagi diuji...

-maratussufi-








Sunday, 17 April 2011

Kala cinta menyapa jiwa... ramai yang menyerah kalah dan tunduk kepadanya. Bila ada yang menegur ramai yang menyangkal kerana jiwa mereka tidak mampu lagi melihat kebenaran lantaran kabutnya cinta yang membelenggu hati mereka.... Mungkin kerana itulah Dia melarang kita sedari awal lagi agar menjaga jarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan... ya kerana Dia tahu kita tidak mampu menanggungnya nanti. Dia terlalu sayangkan kita, maka sedari awl lagi Dia bertegas supaya kita tidak merana kerana cinta yang dusta... cinta yang sengaja dimainkan syaitan...
 Kita sedia tahu cinta dan perasaan itu lumrah dan fitrah. Jika Dia yang menciptakan perasaan itu sudah pasti Dia ada menyediakan saluran yang betul untuk perkara itu. Bukankah Allah itu Maha teliti?. Cuma kita yang sombong mahu mengatur takdir sendiri. Wahai diri, kita tidak mengetahui apapun kecuali sangat sedikit, itu pun sangat terbatas dan tidak pasti...maka mampukan kita mengatur sendiri takdir kita?. Bukankah lebih baik jika  kita mengurus diri menerima seadanya takdir dari-Nya?  kerana Dia lebih tahu apa yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlaku...maka sudah pasti pertimbangan dan keputusan-Nya lebih tepat dan benar untuk setiap hamba-Nya.
Siapa dia di sisi mu yang begitu hebat itu? sehingga kau merasakan dialah yang paling layak untuk mu?. Atas dasar apa engkau memilihnya, kerana imannya kah? Atau kerana perkara lain yang tiada kena mengena dengan imannya... ingatlah diri, tiada suatu pun yang lebih berharga melebihi nilainya iman... biarlah pada pandangan manusia kita terlihat biasa atau hina sekalipun kerana mempertahankan iman asalkan redha Allah mengiringi.... usah diharap redhanya manusia sehingga membelakangkan redhanya Allah kelak pasti kita yang binasa....
Jangan biarkan fitrah cinta menjadi fitnah kepada diri kita. Ikutlah saluran yang betul melalui ikatan perkahwinan... Cinta rasa yang dianugerahkan kepada manusia untuk menjamin kelansungan hidup mereka dalam ikatan yang sah. Ia menjadi tali pengikat sebuah perkahwinan... Jika belum berumahtangga perlukah bercinta? Jika tidak berkaki perlukah berkasut??  Fikir-fikirkanlah wahai diri.... Satu perkara yang harus dipegang erat... asal hukum perhubungan lelaki dan perempuan adalah HARAM...!! Hanya darurat yang mampu menukar hukum itu... Daruratkah jika kita hanya sekadar menghantar masej untuk bertanya "dah makan ke belum?".... Jawaplah dengan jujur wahai diri... keperluankah itu atau engkau sekadar mencari-cari alasan untuk melanggar batas perhubungan...

-rindusyurga-

Thursday, 14 April 2011

cekodok_pisang ^_^

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum w.b.t saye ucapkan pade rakan2 pena yg lain yg amat saye kasihi..hehe^_^ mula2 smpai cni,amat tertanya2,watpe la hq kt libry ni..huhu..ade projek BESOR ghupenyer..hehe.seronok..1st time blogging..bagi pulak task utk prkenalkan diri..cmne le nk nulis ni..insyaAllah ini lah yg terbaik yg saye dpt describe n elaborate serba sdikit..saye dilahirkan pada 6 disember 2007(jadi,umur baru 5 tahun ke???). Ini adalh tarikh saye disentuh tarbiyah. Alhamdulillah, saye sgt bersyukur krn dipilih oleh Allah sebagai salah seorang hambanya yg sgt bertuah kerana selain mendapat nikmat iman dan Islam, saye juge mendapat nikmat TARBIYAH..Ya Allah,seronoknya hidup di dalam tarbiyah. Tarbiyah dr Allah telah totally merubah hidup saye dari buruk kpd baik,dr baik kpd yg lebih baik,dr x tutup aurat dgn proper kpd tutup aurat yg proper insyaAllah,dr sosial kpd lbih menjage ikhtilat(smpaikan ramai org kate kite ni sombong n mcm marah2),dr amat2 jarang tilawah kpd sering tilawah,dr bace buku2 lagha kpd bace buku2 yg Islamic,dr jarang berbakti kt ibubapa kpd antara adik bradik yg menjadi penyejuk hati+luahan rasa mak n abah,dr x reti pilih kawan kpd sering berada di dlm biah yg solehah,dr berjalan2 entah kemane2 kpd slalu g majlis ilmu n program,dan tak terkate lagilah perubahan yg telah dan sedang berlaku pade diri saye selepas saye ditarbiyah,dan ALHAMDULILLAH masih lagi di dalam tarbiyah. Moga saye tetap tegar dan kukuh berada di dlm tarbiyah ini. Tarbiyah mengajar saye ERTI HIDUP UNTUK MEMBERI..ilmu bukan disimpan sorg2 tapi perlu disebarkan dan disampaikan kpd orang2 yg dahagakan ilmu di luar sana..di samping itu, kita belajar silaturrahim,ziarah,menegur,handle majlis ilmu n banyak lagi kan sahabat2..?..same2 lah kite cube mencapai 10 muwassafat tarbiyah ni :~

amacam sahabat2ku..skali tengok+baca mcm susah nk realisasikan kan?tetapi, insyaAllah NAK SERIBU DAYA MAHU SERIBU CARA !!!

erm..berbalik kpd diri saye semule,saye ni seorang yg pendiam(hehe..yeke?lu pk la sndiri)..sbenarnye saye ni agk anti-sosial sejak msok skolh mnengah,tapi kerana pengaruh kawan,mcm2 telah terjadi..itu lah akibatnya apabila kite salah memilih kawan..saye suke membantu orang jika tiada ape2 halangan,tambah2 pulak klo bab drive ni,krete ke moto ke van ke,saye cukup suke memandu..hehe..ini adalah kerana saye suke berjalan2..3 4 hari berjalan2 pn xpe,sbb dah suke, penat pun tolak tepi..program yg saye paling suke sekali ialah JAULAH..hehe..lagi satu,tabiat saye yg kadang2 orang di sekeliling pandang pelik..apekah itu?cuba antunna teka..hehe..nnt bolh le post komen ye..^_^  


ohh..seblom terlupe,knape cekodok pisang?sbab kt skolah menengah dulu saye jual cekodok pisang sebungkus RM1..osumer panggil saye makcik cekodok..huhu

itu sahajalah serba sedikit pengenalan tentang diri saye,insyaAllah kompem mesti antunna dpt tahu siape saye..hehe

di akhir kalam, saye mengucapkan seinfinity kesyukuran kpd Pencipta kita(mcm ayat m kite je kan..huhu) yg x jemu2 memberi nikmat kpd kita..Terima Kasih Ya Allah..

Melihat dunia...

 Merenung hari-hari berlalu terasa masa terlalu pantas berlalu... terasa kaki bagaikan tidak berjejak ke bumi, terapung di awan-awangan... hanya beberapa hari bersisa semester ini akan berakhir....dan aku seperti juga semester-semester lalu hanya begitu. Ada rasa kesal namun amat sukar diubah....
  Senario biasa yang kulalui hampir saban semester di bumi bertuah ini... Aku percaya ramai lagi diluar sana juga sepertiku. Inilah akibanya jika belajar hanya berkiblatkan exam... usai peperiksaan semua entah ke mana dicampakan segala buku dan nota... banyak yang ditimba tapi mungkin tiada kualitinya lagi...
Akhir-akhir ini hati terusik jua dengan fenomena ponteng kelas dalam kalangan para sahabat sekuliah yang pada pandangan umum 'beragama'. Nafas rasa agak sesak bila ada yang mempersoalkan kenapa orang yang faham agama berkelakuan begitu. Bagiku mungkin itu hanyalah permasalahan furuk yang tidak harus disandarkan kepada faktor agama. Bukan kerana agama dia begitu. Tapi mungkin pada pandangan umum agama yang menyebabkan dia begitu. Tidak hairanlah bila ramai yang beranggapan agama itu kuno. Bukan salah pada agama suci ini tapi salah pada diri kita sendiri... Agama hanya mampu dilafazkan dibibir tapi tidak mampu dizahirkan dengan perbuatan...
Diri rasa agak gementar dengan ancaman-ancaman sebegitu kerana bimbang diri ini menjadi salah satu fitnah kepada agama...( moga dijauhkan Allah). Akhir-akhir ini juga diri makin kerap diuji...Memang ujian sentiasa ada, namun diri agak payah menerima hinaan yang diterima baru-baru ini hanya kerana aku bertudung labuh. Hati terasa hancur tika ada yang mengejek "kenapa tidak pakai sampai ke kaki je"... "orang macam kau ni pun buat kerja tak senonoh, bukan boleh harap sangat" dan bermacam-macam lagi. Segala yang dilontar amat prejudis...  Namun hati rasa terpujuk bila menyedari itu adalah lumrah dunia akhir zaman... Islam akan menjadi dagang semula seperti mana ia diturunkan dahulu... Tambah mengubat luka bila mengenangkan kesabaran insan mulia yang lebih hebat diuji dengan pelbagai hinaan dan tomahan yang jauh lebih dahsyat...sedangkan Baginda itu insan mulia, ini kan diriku yang bukan siapa-siapa..apa sangatlah ertinya hinaan seperti itu. Hinaan itu juga menjadi satu teguran secara tak lansung supaya kita sentiasa berhati-hati agar tidak tersalah langkah...
 Pendeknya dalam apa jua situasi lihatlah hikmah yang terkandung disebaliknya. Kecewa, sedih, marah dan sebagainya memang wajar kerana kita manusia. Namun segeralah kembalikan segalanya kepada Dia insyaAllah hati kita akan lebih tenang... Begitulah aku melihat duniaku... Usah dipersoalkan apa yang menimpa kita, tetapi sebaliknya cari penyelesaian untuk menghadapinya...wassalam.. sehingga berjumpa lagi...

-rindusyurga-

guess2 who i am.....

Assalamu'alaikum... good nite to all who read this article... actually tonight we need to learn and follow a new blog. so we were ask to do some article during semester break. hm today i just want to share with u about myself... i am 22 years.. i've been in UPSI for 2years..there are 2 years left.. i hope that everything will going to be smoothly until the end of this year., Kak Marlini who had bring me and touched me to the halaqah. before this i do not know what it is all about. but then i realize that something need to be change. i also want to be good in Islam. but unfortunately my IMAN always going down..and hard to be up again.. it need a little push from someone i close.. i hope that that person will not leave me behind although they may have try their very best to advise me but i still didn't hear them or change to the positive one. just be patient ok!! May Allah bless u for what ever you have done to me all this while. emm i don't know want to write what. today i a little bit blurr... but for two weeks.. i feel bad.. i did not take care my relationship to Allah. i think that i have been far from Allah.. i need to be a neutral again.. hope everything will be change after this... ok..so long for now.. i want to check out.. tata... Assalam....
-cermin putih

Tuesday, 12 April 2011

Pandangan Yang Mengasyikkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam sayang dengan rasa kecintaan kepada  yang membaca post ini kerna Allah =) izinkan ana mulakan dengan 2 rangkap pantun, hehe khas untuk yang sudi meluangkan mase ;

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Ana budak baru belajar,
Andai tersalah tolong tunjukkan.

ummi sempat masak kuih pelita,
masak kuih di atas api,
berusrah bersama akhawat tercinta,
Mardhatillah dapat kita kecapi.

pandangan yang mengasyikkan(p.y.m)
mesti antunna tertanye-tanye apa kaitan diri ana dengan tajuk di atas. di sebalik nama ana, inilah maksudnya. ana teringin untuk share siapa yang bagi nama ni, time ana masih 'baby comel' lagi..nak tahu? hehe sebenarnya akak sulong ana yang bagi nama ni, tak silap ana time dia sekolah rendah...ana amat sukakan nama ini dan mungkin ada maksud tersirat di sebalik nama ini dan mengapa sudah tertulis di lauhul mahfuz ana ditetapkan dengan nama ini..
orang kata nama jua boleh melambangkan peribadi..ana jua bersetuju dengan pendapat ini, dan sebab itulah kita kena menggunakan pangilan yang betul bagi seseorang agar sampai maksud dan jua sebagai doa..
apa yang antunna fikir dari nama ana? tiada apa sgat kan..tapi cuba ana pula yg fikir..hehe
pandangan merujuk kepada sesuatu yang dipandang dan dilihat kan...mungkin daripada personaliti, sikap, peribadi dan luaran itu sendiri.
ana ingin menjadi seorang muslimah yang cantik personalitinya, sikap dan peribadi agar yang sejuk mata memndang orang disekeliling...senang cerita mempunyai akhlak yang mulia agar para malaikat pun sayang pada ana..wa.tingginya cita-cita.hehe bila makhluk di langit mula sayang pada kita, maka Allah meredhai segala kehidupan kita. maka, wahai diri ini, chaiyok! aja-aja fighting! Lillahitaala.........=)
ok lah, untuk pengakhiran, salam ukhwah dan perkenalan bagi semua ea, bantulah pandangan yang mengasyikkan(p.y.m) ini untuk merubah kepada yang lebih baik agar menjadi muslimah sejati..amin.. >_<


-p.y.m-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi Allah Tuhan di atas setiap nikmat yang kita dapat sekarang
Pantang menyerah, pantang undur (No Reatreat, No Surrender)
First of all, ape tu? ape yg no reatreat, no surrender? jom kita menyelam dengan lebih dalam. Apa sebenarnya ungkapan ini? Ungkapan ini merupakan kata penguat kepada sesuatu perkara yang kita lakukan. Hal ini kerana ia merupakan perkara yang mustahil untuk kita gagal dalam kehidupan. Seringkali kita berbisik "ak give up ar, dh beratus kali ak wt soalan nie tp x dpt lg, tension ak, ak nk wt benda lain ar plak", ayat yang biasa diutarakan, sama ada sedar atau tidak, betul x? Cuba kita renung balik apa yg kita dapat bila kita bercakap begitu. Sebelum tu, siapa kenal Thomas Eva Edison? sape dia nie? ape plak kaitan org nie? Thomas adalah org yg telah berjaya mencipta lampu filamen, tahniah diucapkan kepada Thomas kerana dengan usahanya kita dapat menggunakan lampu pada waktu malam. satu persoalan yang saya hendak utarakan, pada kali ke berapa Thomas berjaya mencipta lampu nie? adakah pada percubaan pertama? kedua? atau ketiga? berapa kali agaknya Thomas mencuba, dh dpt jawapan? sebenarnya Thomas berjaya mencipta lampu filamen setelah gagal mencuba sebanyak 10 000 kali, kenapa agaknya selepas kali yang ke-10 000 baru Thomas berjaya. Kata Thomas "Saya belum lagi gagal, saya hanya tahu 10 000 sebab mengapa ia gagal", apakah yg kita dapat dari kata-kata ini? 
Berterima kasih kepada kegagalan kerana kegagalan adalah ilmu pengajaran dan kegagalan adalah ilmu pendidikan. kita perlu berani menempuhi kegagalan. kegagalan adalah ilmu bagi menempa kejayaan. tetapi apabila kita mengalah, kegagalan itu menjadi kegagalan kita selamanya, no reatreat, no surrender!!!! 
Oleh yang demikian, kita hendaklah mengikut sifat Thomas yang tak pernah mengenal erti putus asa, x de apa yang kita dapat apabila kita menyerah kalah, yakinlah dengan diri kita sendiri, kerana semua keputusan terletak di tangan kita. Ingatlah "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali dia mengubahnya sendiri". hal ini beerti jika kita mahu berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita hendaklah mengubah diri kita terlebih dahulu, tidak ada orang yang boleh mengubah kita kecuali diri sendiri, sahabat, ibu bapa, guru, adik-beradik dan saudara-saudara kita hanya boleh menasihati kita sahaja, tetapi pokok pangkal perubahan terletak pada tangan kita......"Tiada jalan keluar untuk sesuatu cabaran, kecuali kita menyelesaikan cabaran tersebut, tetapi jangan sesekali menyerah kalah sebelum kita berbuat sehabis baik" 
Cukup sahaja untuk kali ini, apa lg yang nk ditulis, x de pape lg, hmmm.......ok, wassalam
-mentari pagi- 

"Halawatul Ukhwah"

"Pada hari itu shbt2 karib setengahnya akn mnjd musuh kpd setengah yg laen, KECUALI orang2 yg persahabatanya berdasarkan TAQWA" 43:67.
-Assalamuailaikum.Khaifa hal wa salam ukhwah buat akhwat2 yg dikasihi. bersyukr ana pd tuhan yg Maha Pengasih & Penyayg beradanya ana disini krna nkmat kurnianya yg tdk terhgga. Nikmat iman & peluang n ruang beradanya ana di jalan ini.Brsmalah kta mnjd hambnya yg sntiasa brsyukur & ingt pdNya wlu dlm apa jua keadaan.
- Eh...dah pnjg lebar, lupa pula nk kenalkn dri..ana adlh akhwt yg paling muda dlm halaqah ini,ana dtg dri fmly brltrblkgkn agma, tp waktu ana form 6 bru dirisk dgn jalan tarbiah ini..slma setahun ana brda di prgkt ta'lim, brulah ana berganjak ke hlqah..hehehehe.inipn msh byk yg perlu ana pljri..hope murobbiah n hlqhmte sama2 dpt membntu ana untk terus n terus berjuang n thabat di jalan ini. dsini ana ingn ugkpkn rase syukur dpt mgnli n bersma2 antunna semua dijln ini, stlah semester kta bersma, ana rase sggh syg akan ukwh ini.wlu cuti semestr panjg smkin mghmpri. mga dgn adnya blog ini kta sntiasa dpt brhbg n sring mggtkn n mmbri smgt utk trus brjuang dlm plbgi bntuk ujian ktka bercuti nnti...ameen..
-oh ye.di ksmptn ini, ana nk ucap "Bittaufik Wan Najah" pd sume hlqhmteyg dikasihi, mga dpmdhkn urusn & sntiasa dbwh lindungan ALLAh.
- ingn ana mnggtkn dri sndri n shbt2, mrilh kta brsma sntiasa perbhrui niat, apkh niat kta study?bca bku?n sgla-glnya, kdgkla kta terlupa utk ltakkn niat dlm apa jua yg kta nk buat..sptmna yg kta tahu dlm hdth ptma : "sgla amalan bermula dgn niat". Mga slma 14 mggu kuliah yg telah berlalu, sgla asgmnt, task, n sgla yg kta lakukan dtrma ALLah & bermanfaat sbgi bekalan kta wlu dmna juan kta berada.
- Akhir kalam..uhibbukum Fillah hubban Jamman.bertemu lg kta dlm msj, emel,dll..oh ye, bg akhwt yg x add ana lg, FB ana : (emel) Zaujahhumaira@yahoo.com.(^_^)

-khazinatul Asrar-

Ketika Tarbiyah Bertasbih..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah wa syukurillah..
Setinggi-tinggi pujian buat Allah, Rabb yg tidak pernah tidur, tidak pernah leka mengurusi hamba-hambaNya..yg sentiasa menitipkan kasih sayangnya di setiap saat bagi hamba yg menyedarinya..yg sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihnya meski Dia sering didurhakai, meski Dia sering dilupai..hanya kerana Dia begitu mencintai dan merindui hamba-hambanya yang beriman..Alhamdulillah atas nikmat ini wahai cinta agung..

Ketika Tarbiyah Bertasbih..begitulah hasilnya..
hati-hati dan jiwa yang ditarbiyah ini begitu rindu dan berharap akan pertemuan dengan-Nya..setiap detik dan saatnya adalah demi meraih redha  kekasih agungNya..ya sanggup lakukan apa sahaja, sanggup korbankan apa sahaja..hingga ketika cinta dunia menyapa, maka jawapannya tegas.."allah tujuan kami, mati di jalan Allah cita-cita kami"..selamt tinggal jahiliyah, selamat tinggal kemalasan, selamat tinggal tidur yg panjang, selamat tinggal alasan x munasabah..
siapakah mereka ini?
mereka bukan siapa-siapa, mereka bukan ustaz, bukan YB dan bukan orang agama. bahkan mereka yg tidak punya ilmu agama yg banyak..tak mampu nak menghurai kitab pun. Namun mereka tahu dan jelas dengan matlamat mereka..hidup mereka hanyalah untuk Allah semata..kerja mereka adalah menyelamatkan sesiapa sahaja yang bernama manusia malalui "tarbiyah"..rela dan redha menjadi 'khadam ummah'..
sehingga tarbiyah benar-benar bertasbih di setiap jiwa manusia..Insyaallah..

-maratussufi-